BERITA

15-17 SEPTEMBER 2017 | KEJOHANAN WOODBALL JEMPUTAN KOSMA SEMPENA JUBLI EMAS 50 TAHUN
Pada 15-17 September 2017, Koperasi Serbausaha Makmur Berhad telah menganjurkan Kejohanan Woodball. Seramai 235 orang peserta mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang disertai daripada Singapore, Thailand, Indonesia, Malaysian Woodball Association (MWA) dan pelbagai lagi wakil sekitar Malaysia.

Turut menyertai kejohanan ini ialah, Dato' Suhaimi bin Mohd Yunos, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (Merangkap Presiden Woodball Negeri Pahang), Puan Suriani binti Abd Hamid (Timbalan Pengarah Majlis Sukan-Sukan Negeri Pahang), Encik Thomas Kook (Presiden Woodball Asia), Puan Elaine Tan (Presiden Woodball Malaysia), dan Pemain Woodball nombor 1 Dunia, Ahris Sumariyanto daripada Indonesia.

Majlis Makan malam dan Perasmian telah disempurnakan oleh Y.B Dato' Wan Kadri bin Wan Mahusin (Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam). Kategori Lelaki terbuka dimenangi oleh Azmi bin Ahmad dari Pekan. Kategori Wanita terbuka dimenangi oleh Klissana Kaodee dari SIngsongkhla, Thailand. Bagi Kategori Remaja Lelaki, tempat pertama dimenangi oleh Syed Muhd Nabil Syed Khairudin dari Kelab Remaja Pahang. Kategori Remaja Wanita dimenangi oleh Anis Waheeda Binti Adnan dari Negeri Perlis. Manakala Lee Loon dari Singapore telah menjadi peserta tunggal yang telah membuat pukulan Gate in One.

 

 BERITA

31 OGOS 2017 | SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-60
Pada Hari Kemerdekaan yang Ke-60, Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah menyertai perbarisan bersempena Sambutan Jubli Emas. 45 orang Kakitangan KOSMA telah menyertai perbarisan ini. Dato' Sri Haji Abdul Jabbar Ibrahim (Pengerusi), Dato' Haji Mokhtar bin Mat Salleh (Timbalan Pengurusi) dan Dato' Haji Abdul Manan bin Abdul Rahman turut hadir memberi sokongan kepada kontijen KOSMA. Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mencemar duli pada acara Perbarisan Dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2017. Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob dan Ahli Exco Pahang turut serta pada sambutan tahun ini dengan tema Negaraku Sehati Sejiwa. Antara acara menarik pada sambutan tahun ini termasuk persembahan payung terjun pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia dan lintas langsung dari pesawat Sukhoi TUDM. Perarakan berjalan kaki disertai 6,566 orang dari 89 kontijen dari pelbagai agensi kerajaan dan NGO. Sementara perarakan 364 kenderaan disertai oleh 10 kontijen.

 

 BERITA

17 OGOS 2017 | MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN
Pada 17 Ogos 2017, KOSMA Telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,532,206.15 Juta. Majlis Penyerahan Zakat tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam satu majlis ringkas di Istana Abdul Aziz. Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) diwakili oleh, Dato' Sri Haji Abdul Jabbar bin Ibrahim (Pengerusi), Dato' Haji Mokhtar bin Mat Salleh (Timbalan Pengerusi) dan Dato' Khadri bin Musa (Setiausaha).

 

 BERITA

12 OGOS 2017| SAMBUTAN HARI KOPERASI NEGARA 2017 PERINGKAT NEGERI PAHANG
BENTONG, 12 Ogos 2017 - Sambutan Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur hari ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Hj Shahiruddin bin Abd Moin, Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri Pahang mewakili YAB Dato' Sri Diraja Hj. Adnan bin Hj Yaakob, Menteri Besar Pahang Darul Makmur di Dataran Simpang Pelangai, Bentong, Pahang.
Sambutan Hari Koperasi Negara 2017 diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan ke atas sumbangan gerakan koperasi sebagai pemangkin pertumbuhan sosioekonomi negara.
Selain itu, Hari Koperasi Negara pada hari ini juga berfungsi sebagai medan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan keluaran koperasi kepada orang ramai serta menarik mereka untuk menyertai koperasi. Pada peringkat Kebangsaan, Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) berada di kedudukan nombor 11 daripada 100 index koperasi terbaik Malaysia. Bagi Peringkat Negeri Pahang pula, KOSMA telah menerima Anugerah Koperasi Perdana dan Anugerah dalam Sektor Pelancongan, Penjagaan diri dan kesihatan.

 

 BERITA

10 JUN 2017| MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS PERLADANGAN & MASJID KOSMA
ROMPIN.10 Jun 2017 bersamaan 15 Ramadan 1438H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkata usaha berterusan dilakukan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) sehingga kekal bertahan selama 50 tahun wajar dipuji. Baginda berkata, Kosma ditubuhkan pada tahun 1967 sewaktu nenda baginda Almarhum Sultan Abu Bakar bersama kepimpinan negeri ketika itu dengan matlamat utama menjaga hal ehwal kebajikan pegawai kerajaan negeri Pahang.

Pautan luar : www.dirajapahang.my

Galeri gambar : klik disini

 

 NOTIS BAYARAN BAKI DIVIDEN

19 JUN 2017 | BAYARAN BAKI DIVIDEN MODAL SYER

Anggota-anggota KOSMA yang telah memberikan nombor akaun bank sebelum 1 April 2017, akan menerima baki dividen Modal Syer yang telah dikreditkan ke akaun bank yang telah didaftarkan. Bagi Anggota-anggota yang masih belum memberikan nombor akaun bank, CEK baki dividen Modal Syer akan diposkan selepas Hari Raya Aidilfitri.

PERINGATAN kepada Anggota KOSMA yang masih belum mengemukakan nombor akaun bank kepada KOSMA bagi tujuan pembayaran dividen dan lain-lain bayaran berkaitan KOSMA, boleh mengemukakan no. Akaun Bank; CIMB, Maybank, BIMB dan BSN SAHAJA. Sekian, Selamat Hari Raya Aidilfitri.

 

 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-35

20 MEI 2017 | DEWAN JUBLI PERAK SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KUANTAN

Pada 20 mei 2017, KOSMA telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-35 dengan jumlah kehadiran Anggota berjumlah 1,200 orang.

Galeri Gambar Klik disini

 

KEPUTUSAN

No.

No. Calon

Nama Anggota Bertanding

Jumlah Undi

1

13

Dato’ Sri Haji Abdul Jabbar bin Haji Ibrahim

799

2

4

Kamarazaman bin Zainal Abidin

433

3

6

Dato’ Haji Abdul Manan bin Abdul Rahman

377

4

3

Dato’ Zamri bin Mohamed

354

5

1

Dato’ Haji Zainal bin Hassan

333

6

8

Dato’ Shahbudin bin Imam Mohamad

311

7

7

Tok Muda Dato’ Haji Asmad bin Sulaiman

308

8

9

Kamarul Baharin bin Abdul Rahman

217

9

2

Abdullah bin Abu Bakar

188

10

10

Jishaelyz bin Hamzah

171

11

5

Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah

170

12

12

Abdul Mutalib bin Yusof

150

13

11

Ibrahim bin Othman

137

 

Jumlah Kehadiran Perwakilan    : 1,200 orang

(Sehingga 11.00 pagi)    

Jumlah Kertas Undi                        : 1028

Undi Rosak                                      : 41

Peratusan Mengundi                     : 85.67%

 

 

 

 BUKU LAPORAN TAHUNAN & BUKU LAPORAN PENYATA KEWANGAN

Buku Laporan Tahunan 2016 Buku Laporan dan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2016

 

 AL-FATIHAH DAN TAKZIAH JUN 2016 - MEI 2017.

BIL.

NAMA ANGGOTA

NO. ANGGOTA

1

RAMLAH BINTI DATO MAHMUD

0010-A

2

MUHAMMAD NASRUDDIN BIN SEKOYAR

0066

3

KAMARULZAMAN BIN HABIB

0101

4

ALAGASU S/O MUTHAN

0261

5

UNGKU YAM BINTI UNGKU MOHAMED

0273

6

YAAKUB BIN MOHD DIAH

0546

7

HAMIDAH BINTI MARKASAN

0692-A

8

IDRIS BIN OSMAN

0784

9

MOHD TAHIR BIN ABDUL MANAN

1035

10

BAHARUDDIN BIN ADAM

1103

11

SUCHA SINGH @ PRITAM SINGH

1178-A

12

SAHAD BIN SAHID

1181

13

CHONG YEW LAN

1259

14

MOHD YUNUS BIN ISHAK

1260

15

ROHANI BINTI AHMAD

1318-A

16

HARUN BIN JALIL

1344

17

MOHD KASSIM BIN MOHD TAMIN

1405

18

MOHD NAZARDIN BIN ADBUL LATIF

1413

19

ABDUL RAFAR @ GHAFFAR BIN TOR

1414

20

BORHAN BIN KUNTOM

1533

21

RAJA MOHD ALI BIN RAJA OSMAN

1627

22

MOHAMMED ROSLI BIN YAAKUB

1902

23

AHMAD AZIZI BIN AWANG NGAH

2041

24

SYED MOHAMMAD BIN SYED ABDUL HAMID

2119

25

MOHD SUAH BIN BUROK

2138

26

MOHAMED HAFIZAL BIN ISMAIL

2150-C

27

ABDUL HAMID BIN MOHD KASSIM

2241

28

ABDUL RAHMAN BIN MOHAMAD

2281

29

ZANAL BIDIN BIN A. RAHIM

2498

30

ABD MUIN BIN OTHMAN

2534

31

OMAR BIN HAMAD

2537

 

 

 INDEX 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA

KEDUDUKAN KOSMA DALAM INDEX 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA (2008-2016)

TAHUN

KEDUDUKAN

PENERANGAN

2008

7

Mengikut Perolehan Koperasi

2009

5

Mengikut Perolehan Koperasi

2010

5

Mengikut Perolehan Koperasi  - Kluster Besar

2011

12

Mengikut Perolehan Koperasi – Kluster Besar

2012

7

Mengikut Perolehan Koperasi – Kluster Besar

2013

10

Mengikut Perolehan Koperasi – Kluster Besar

2014

11

Sektor Perladangan / Pelaburan

2015

12

Sektor Perladangan / Pelaburan

2016

11

Sektor Perladangan / Pelaburan

Sumber : Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

 

 BERITA

31 MAC, 1 & 2 APRIL 2017 | MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN JUBLI EMAS 50 TAHUN KOSMA DI KUANTAN PARADE
Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas 50 Tahun KOSMA telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Shahiruddin bin Ab Moin, Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri Pahang. Pelbagai aktiviti dijalankan, diantaranya cabutan bertuah bagi pengunjung-pengunjung yang berbelanja di Karnival selama 3 hari ini. YB Dato Sri Shahiruddin bin Ab Moin juga telah mencabut nombor cabutan bertuah yang dimenangi oleh Encik Noreffendy bin Zaidi dengan membawa pulang sebuah motosikal modenas. Manakala Pemenang Cabutan Bertuah pada 2 April 2017 dengan membawa pulang sebuah Peti Sejuk dimenangi oleh Puan Haslida binti Yaakob, manakala Pertandingan Teka Bola Emas Ar-Rahnu KOSMA dimenangi oleh Puan Nordatina bt Mohd. Pelbagai pertandingan diadakan untuk kanak-kanak dan dewasa seperti pertandingan mewarna, pertandingan makan epal, kerusi berirama, hula hoop, dan pecah belon bagi memeriahkan lagi majlis. Terdapat lebih 40 buah gerai jualan yang terdiri daripada Koperasi-koperasi, IKS (Industri Kecil & Sederhana) dan Agensi-agensi Kerajaan.

Galeri Gambar Klik disini

 

 BERITA

22 MAC 2017 | KEM MOTIVASI NLP (NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING)

Pada 22 hingga 25 Mac 2017, Yayasan KOSMA telah menganjurkan Kem Motivasi NLP (Neuro Linguistic Programming) yang diadakan kursus untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 di Kompleks Perladangan KOSMA. Peserta-peserta daripada Sekolah Muadzam Jaya, Sekolah Muadzam Shah, Sekolah Chini Timur dan beberapa anak Anggota KOSMA yang berjumlah 53 orang. Penceramah jemputan daripada JPN (Jabatan Pendidikan Negeri Pahang). Majlis penutup disempurnakan oleh Y.H Dato' Sri Haji Abdul Jabbar bin Haji Ibrahim selaku Pengerusi Yayasan KOSMA.
Galeri Gambar Klik disini

 

 BERITA

18 MAC 2017 | KEJOHANAN BADMINTON KOSMA

Pada 18 Mac 2017, bertempat di Gelanggang Badminton Kilas Kilat (Kawasan Industri Tiram, Kuantan), KOSMA telah mengadakan Kejohanan Badminton sempena Jubli Emas. Kejohanan bermula pada pukul 8 pagi dan dibahagikan kepada 3 kategori. Juara bagi kategori wanita dimenangi oleh Cik Nor Khairunnisa binti Abdullah & Puan Siti Sarah Muhammad. Manakala naib Johan pula dimenangi oleh Puan Dwi Ekakartika & Puan Rusmani binti Yunus. Tempat ketiga dimenangi oleh Puan Emy Elyiana binti Azizi & Puan Athirah binti Abd Majed. Bagi Kategori Terbuka pula, tempat pertama dimenangi oleh Mok Wie Jie & Tommy Wong. Tempat kedua dimenangi oleh Mok Ah Yow & Mok Che Kiong. Tempat ketiga dimenangi oleh Encik Mohd Fahrizan bin Misdan & Encik Nasruddin bin Sahak (Bank Muamalat). Kategori Veteran pula tempat pertama dimenangi oleh Encik Shamsul Anuar Hussin & Mohd Rosdi Bin Roslan. Naib Johan, Encik Dicky Harrys bin Jamin & Encik Sukori bin Abd. Sukor. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Encik Anuar bin Mohd Lazim & Encik Eng Chiew Yong.
Galeri Gambar Klik disini

 

 BERITA

11 MAC 2017 | KEJOHANAN FUTSAL KOSMA

Pada 11 Mac 2017, KOSMA telah mengadakan Kejohanan Futsal di Ferro Futsal Jalan Gambang. Sebanyak 32 pasukan telah menyertai Kejohanan ini dan dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Shukri Johari selaku Setiausaha KOSMA. Tempat pertama dimenangi oleh Yayasan Pahang A, tempat kedua Yayasan Pahang B, tempat ketiga JKR FC, dan tempat ke empat oleh Lemon FC. Majlis Penutup dan penyampaian hadiah oleh Y.H Dato' Sri Haji Abdul Jabbar Ibrahim (Pengerusi KOSMA).

Galeri Gambar Klik disini

 

 BERITA

03 MAC 2017 | SUMBANGAN VAN PELBAGAI GUNA

Usaha membantu dan meringankan beban pengurusan masjid diteruskan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) menerusi sumbangan dua van pelbagai guna. Masjid Al-Abrar Felda Bukit Sagu 1 dan Masjid Sultan Ahmad Shah Tok Sira masing masing menerima sebuah van pelbagai guna yang disampaikan oleh Pengerusi KOSMA, Y.H Dato' Sri Haji Abdul Jabbar Ibrahim. Bantuan ini diharap membantu pihak masjid menampung bebanan kewangan untuk mendapatkan kemudahan yang diperlukan dan diharap usaha murni ini tidak berhenti setakat ini sahaja dan dapat diteruskan pada masa akan datang.

 

 BERITA

Highslide JS

Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA), dengan dukacitanya memaklumkan bahawa Dato' Mohd Suah bin Burok (Anggota Lembaga) telah meninggal dunia pada 17hb Disember 2016 (Sabtu).

 

 

MAKLUMAN


PENAMA
Bagi Anggota yang masih belum membuat penamaan, adalah diminta untuk mengemukakan penama selaras dengan UUK 18 bagi memudahkan sebarang urusan setelah anggota meninggal dunia seperti bayaran pampasan dan khairat kematian, pemulangan pelaburan dan sebagainya.
-------------------------------------------
NOMBOR AKAUN BANK
PERINGATAN kepada Anggota KOSMA yang masih belum mengemukakan nombor akaun bank kepada KOSMA bagi tujuan pembayaran dividen dan lain-lain bayaran berkaitan KOSMA, boleh mengemukakan no. Akaun Bank; CIMB, Maybank, BIMB dan BSN SAHAJA.
-------------------------------------------

kemaskini : 18 SEPTEMBER 2017

09-517 7977 / 09-517 7980

 09-513 7190

webmaster@kosma.com.my

B8032, Sri Kuantan Square,

Jalan Telok Sisek,

25000 Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

Indeks 100 Koperasi Terbaik

Muat Turun PDF

Buletin KOSMA Edisi Ke-23

Muat Turun PDF

Buletin KOSMA Edisi Ke-24

Muat Turun PDF

Borang Jawatan Kosong

Muat Turun PDF

Borang Kemaskini Maklumat Anggota

Muat Turun PDF

Borang Derma Siswa

Muat Turun PDF

Borang Anugerah Kecemerlangan Akademik

Muat Turun PDF

Borang Bantuan Bencana

Muat Turun PDF

Borang Rawatan Penyakit Kritikal

Muat Turun PDF

Borang Khairat Kematian

Muat Turun PDF

Borang Skim Pampasan Kematian

Muat Turun PDF

Borang Penama

Muat Turun PDF

Borang Pindah Milik

Muat Turun PDF

Borang Akuan Berkanun

Muat Turun PDF

Borang Bantuan Umrah/Haji

& Melancong

Muat Turun PDF

Borang Pengesahan Fasal 11(2)(c) UUK KOSMA

Muat Turun PDF