Pada 25 Mei 2024, Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA), telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-39 bertempat di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Gambang, Kuantan. Mesyuarat dihadiri oleh 1,119 orang Anggota Koperasi. Pada Mesyuarat kali ini, Anggota-anggota akan menerima bayaran dividen sebanyak 10% bagi modal Syer. manakala bagi bayaran Baki dividen Modal Syer akan dibayar setelah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Pada Mesyuarat kali ini, 9 Anggota menawarkan diri untuk bertanding sebagai Anggota Lembaga KOSMA.
