Pada 7 Jun 2024, KOSMA telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Jawatankuasa KOSMA Sesi 2024-2025 di KOSMA Business Hotel. Majlis ini diadakan bagi menyampaikan sijil perlantikan serta meraikan jawatakuasa yang baru sahaja dilantik. Majlis ini telah telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Zamri bin Haji Mohamed (Pengerusi) turut Hadir Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah, Tuan Haji Ismail bin Abd Rahman, Puan Hajah Zuraida binti Awang said, Anggota Lembaga KOSMA dan semua Jawatankuasa yang terlibat.




