09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

LAWATAN ANGGOTA KOSMA KE KOMPLEKS PERLADANGAN KOPERASI SERBAUSAHA MAKMUR BERHAD

Pada 22 Februari 2025, Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah berjaya menganjurkan satu Lawatan Anggota KOSMA ke Kompleks Perladangan KOSMA yang terletak di Mukim Keratong, Muadzam, Pahang. Lawatan ini melibatkan seramai 140 orang anggota KOSMA.

Peserta lawatan diberi peluang melawat beberapa lokasi utama termasuk Ladang KOSMA, yang merupakan nadi ekonomi koperasi, Kilang Sawit KOSMA, Tapak Perumahan Baru bagi Pekerja KOSMA, yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan para pekerja, serta tapak solar KOSMA yang sedang dibangunkan sebagai inisiatif tenaga hijau dan mampan bagi memastikan masa depan yang lebih lestari untuk koperasi dan ahli-ahlinya.

Dalam ucapan semasa lawatan tersebut, Pengerusi KOSMA, Dato’ Haji Zamri bin Haji Mohamed, menegaskan komitmen KOSMA dalam memastikan segala usaha yang dijalankan mampu meningkatkan keuntungan KOSMA serta dapat memberikan pulangan kepada anggota dan pekerja KOSMA.

Turut hadir dalam lawatan ini adalah Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah, Timbalan Pengerusi , Tuan Haji Ismail bin Abd Rahman, Setiausaha, Puan Hajah Zuraida binti Awang Said, Bendahari, Anggota Lembaga KOSMA, Pengurus Besar, dan kakitangan yang terlibat.

Lawatan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para anggota yang turut teruja melihat sendiri perkembangan koperasi ini. Diharapkan usaha ini akan terus menyumbang kepada kejayaan dan kemakmuran KOSMA pada masa hadapan..

Kongsikan