Saya sebagai Pentadbir Koperasi ini mendapati isu berkaitan kourum Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi telah dibincangkan di kalangan anggota KOSMA di dalam media sosial. Bagi memberi penjelasan mengenai perkara tersebut, saya telah membuat semakan ke atas isu ini. Hasil semakan tersebut, saya mendapati pihak bekas Anggota Lembaga KOSMA telah menulis surat kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Ibu pejabat bagi mendapatkan nasihat, pandangan dan tafsiran mengenai isu berkenaan melalui surat Bil(46) DLM KOSMA/SKM-19/20 JLD 6 bertarikh 22 Februari 2021 yang ditandatangani oleh bekas Pengerusi KOSMA (Rujuk lampiran 1)
Pihak SKM Ibu Pejabat telah memberi tafsiran tentang cara pengiraan kourum Mesyuarat Lembaga melalui surat Bil. SKM.IP7964/64 Jld.4/(20) bertarikh 26 Februari 2021. (Rujuk lampiran 2) Tafsiran SKM menyatakan dalam hal menentukan kourum Mesyuarat Lembaga KOSMA hendaklah membaca UUK 42 bersekali dengan UUK 35. UUK 42 menetapkan kourum Mesyuarat Lembaga hendaklah melebih 1/2 dari bilangan Anggota Lembaga menurut UUK 35 iaitu 6 daripada 11 orang Anggota Lembaga.
Dengan penjelasan ini, diharap semua anggota KOSMA faham dan menggunapakai tafsiran yang dikeluarkan oleh SKM mengenai kourum Mesyuarat Anggota Lembaga KOSMA.