Pihak KOSMA memandang serius dengan peningkatan mendadak jumlah kes COVID-19 di daerah Kuantan kebelakangan ini. Oleh yang demikian, pihak KOSMA telah menyediakan Garis Panduan untuk semua Anggota KOSMA, orang awam dan lain-lain organisasi yang ingin berurusan dengan pihak KOSMA sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan.
