Pada 11 September 2020, telah diadakan Majlis Penyerahan Van Jenazah untuk kegunaan Masjid Indera Mahkota 5 Kuantan. Majlis dihadiri oleh wakil daripada Masjid Indera mahkota 5, Anggota Lembaga KOSMA, dan juga kakitangan KOSMA. Penyerahan van telah disampaikan oleh Dato’ Haji Abdul Manan bin Abdul Rahman Pengerusi KOSMA. Diharap dengan sumbangan van jenazah ini, dapat memudahkan lagi urusan masjid untuk mengendalikan jenazah di kawasan berkenaan.
