Pada 05 September 2020, pada jam 9.00 pagi, KOSMA telah mengadakan Majlis Penerangan / Ramah Mesra di Pahang bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Kuantan. Seramai 161 orang Anggota KOSMA sekitar Kuantan, Terengganu dan Kelantan yang hadir bagi mendengar penerangan dan pencapaian KOSMA yang telah disampaikan oleh Setiausaha KOSMA, Drs. Kamarazaman bin Zainal Abidin. Pada Majlis ini juga telah diadakan sesi soal jawab bagi menjawab persoalan dan kekeliruan anggota. Diharap dengan penganjuran majlis ini, dapat memberi penerangan yang jelas kepada anggota mengenai isu-isu semasa KOSMA
