Pada 04 September 2020, pada jam 3.00 petang, KOSMA telah mengadakan Majlis Penerangan / Ramah Mesra di Pahang bertempat di Dewan Tasik, Maran Hill Golf Resort, Maran. Seramai 36 orang Anggota KOSMA sekitar Maran, Chenor dan Jengka yang hadir bagi mendengar penerangan dan pencapaian KOSMA yang telah disampaikan oleh Setiausaha KOSMA, Drs. Kamarazaman bin Zainal Abidin.. Pada Majlis ini juga telah diadakan sesi soal jawab bagi menjawab persoalan dan kekeliruan anggota. Diharap dengan penganjuran majlis ini, dapat memberi penerangan yang jelas kepada anggota mengenai isu-isu semasa KOSMA.
