09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Sumbangan / Bantuan Kepada Anak-Anak Yatim & Golongan Asnaf Sempena 50 Tahun Jubli Emas, Rapha Children’s House

Pada 9 Disember 2017, Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA), telah menjalankan tanggungjawab sosial korporat, CSR(Corporate social responsibility) dengan memberi sumbangan kepada anak-anak yatim di Rapha Children’s House yang disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Shukri Johari selaku Bendahari. Turut serta dalam majlis ringkas ini, Dato’ Ahmad Zambri bin Mohamed (Anggota Lembaga), Dato’ Hajjah Nazilah bt. Abd Latiff (Anggota Lembaga), Tuan Haji Md Yunos bin Ahmad (Anggota Lembaga), Tuan Drs. Kamarazaman bin Zainal Abidin (Anggota Lembaga) selaku Pengurusi Jawatakuasa Kebajikan , Seranta dan Penerbitan. KOSMA berharap, dengan sumbangan ini, dapat meringankan beban pengurusan Rapha Children’s House.

Kongsikan