Pada 17 Ogos 2017, KOSMA Telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,532,206.15 Juta. Majlis Penyerahan Zakat tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam satu majlis ringkas di Istana Abdul Aziz. Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) diwakili oleh, Dato’ Sri Haji Abdul Jabbar bin Ibrahim (Pengerusi), Dato’ Haji Mokhtar bin Mat Salleh (Timbalan Pengerusi) dan Dato’ Khadri bin Musa (Setiausaha).
