09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Sambutan Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Pahang

BENTONG, 12 Ogos 2017 – Sambutan Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur hari ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hj Shahiruddin bin Abd Moin, Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri Pahang mewakili YAB Dato’ Sri Diraja Hj. Adnan bin Hj Yaakob, Menteri Besar Pahang Darul Makmur di Dataran Simpang Pelangai, Bentong, Pahang.
Sambutan Hari Koperasi Negara 2017 diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan ke atas sumbangan gerakan koperasi sebagai pemangkin pertumbuhan sosioekonomi negara.
Selain itu, Hari Koperasi Negara pada hari ini juga berfungsi sebagai medan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan keluaran koperasi kepada orang ramai serta menarik mereka untuk menyertai koperasi. Pada peringkat Kebangsaan, Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) berada di kedudukan nombor 11 daripada 100 index koperasi terbaik Malaysia. Bagi Peringkat Negeri Pahang pula, KOSMA telah menerima Anugerah Koperasi Perdana dan Anugerah dalam Sektor Pelancongan, Penjagaan diri dan kesihatan.

Kongsikan