Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas 50 Tahun KOSMA telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Shahiruddin bin Ab Moin, Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri Pahang. Pelbagai aktiviti dijalankan, diantaranya cabutan bertuah bagi pengunjung-pengunjung yang berbelanja di Karnival selama 3 hari ini. YB Dato Sri Shahiruddin bin Ab Moin juga telah mencabut nombor cabutan bertuah yang dimenangi oleh Encik Noreffendy bin Zaidi dengan membawa pulang sebuah motosikal modenas. Manakala Pemenang Cabutan Bertuah pada 2 April 2017 dengan membawa pulang sebuah Peti Sejuk dimenangi oleh Puan Haslida binti Yaakob, manakala Pertandingan Teka Bola Emas Ar-Rahnu KOSMA dimenangi oleh Puan Nordatina bt Mohd. Pelbagai pertandingan diadakan untuk kanak-kanak dan dewasa seperti pertandingan mewarna, pertandingan makan epal, kerusi berirama, hula hoop, dan pecah belon bagi memeriahkan lagi majlis. Terdapat lebih 40 buah gerai jualan yang terdiri daripada Koperasi-koperasi, IKS (Industri Kecil & Sederhana) dan Agensi-agensi Kerajaan.
