09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Sumbangan Van Pelbagai Guna

Usaha membantu dan meringankan beban pengurusan masjid diteruskan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) menerusi sumbangan dua van pelbagai guna. Masjid Al-Abrar Felda Bukit Sagu 1 dan Masjid Sultan Ahmad Shah Tok Sira masing masing menerima sebuah van pelbagai guna yang disampaikan oleh Pengerusi KOSMA, Y.H Dato’ Sri Haji Abdul Jabbar Ibrahim. Bantuan ini diharap membantu pihak masjid menampung bebanan kewangan untuk mendapatkan kemudahan yang diperlukan dan diharap usaha murni ini tidak berhenti setakat ini sahaja dan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Kongsikan