KOSMA berbesar hati menerima kunjungan muhibbah daripada KO-PELAJARAN dari Sabah pada 16-17 Mei 2011. Tujuan utama lawatan KO-PELAJARAN adalah untuk menjalinkan hubungan dan perkongsian pengalaman serta kemungkinan menjalankan usahasama di antara kedua-dua koperasi di masa hadapan. KO-PELAJARAN juga terlibat dengan aktiviti perladangan kelapa sawit di Sabah. Pada sesi lawatan ini, KO-PELAJARAN diberikan taklimat di Ibu Pejabat KOSMA dan kemudian dibawa melawat ke Ladang KOSMA. Semoga lawatan ini dapat memberikan manfaat kepada dua-dua Koperasi.
