09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Penghargaan kepada Koperasi yang Tersenarai dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik SKM

Pada 28 Disember 2010, KOSMA telah menghadiri Majlis Penghargaan Kepada Koperasi Yang Tersenarai Dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik SKM yang telah diadakan bertempat di Bukit Gambang Resort City. KOSMA diwakili oleh YH Dato’ Zainal bin Hassan (Timbalan Pengerusi), YH Dato’ Haji Mohd Suah bin Haji Burok (Setiausaha), YH Dato’ Haji Mokhtar bin Mat Salleh (Bendahari), Encik Azlan bin Uzir ( Pengurus Besar) serta Encik Abdul Ghafar bin Hussin(Pengurus Hal Ehwal Korporat). Pada majlis tersebut, koperasi-koperasi yang tersenarai dalam indeks 100 koperasi terbaik di Pahang diberikan Plak dan Sijil Penghargaan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Ishak bin Haji Muhammad selaku Pengerusi Majlis Rundingan Koperasi Negeri Pahang.

Kongsikan