Sambutan Hari Koperasi Negara Tahun 2010 telah diadakan di Padang MPK 2 Kuantan, Pahang. KOSMA amat berbangga sekali kerana telah dinobatkan tempat ke-5 dalam Anugerah indeks 100 Koperasi Terbaik di Malaysia. Majlis Penyampaian ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
