Pada 31 Ogos 2023, KOSMA telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke 66 selama 2 hari di Kompleks Perladangan KOSMA. Pembukaan sambutan dimulakan dengan majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Seterusnya, aktiviti Sambutan Hari Kebangsaan dimeriahkan dengan pertandingan-pertandingan seperti pertandingan karaoke lagu-lagu Patriotik, mewarna, motorsikal berhias, basikal berhias dan larian kemerdekaan.
Sambutan Kemerdekaan ini diserikan lagi dengan menyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Pahang, cabutan bertuah, penyampaian hadiah kepada pemenang serta ucapan Pengerusi KOSMA Dato’ Haji Zamri bin Haji Mohamed dimana beliau berharapkan agar program menaikkan semangat patriotik seumpama ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang.
Program ini telah disertai oleh Dato’ Haji Zamri bin Haji Mohamed (Pengerusi KOSMA), Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah (Timbalan Pengerusi), Tuan Haji Ismali Bin Abd Rahman (Setiausaha), Puan Hajah Zuraida Binti Aw Said (Bendahari), Anggota Lembaga KOSMA, JKAD, Pengurus Besar, dan kakitangan KOSMA serta keluarga.























