Pada 10 Oktober 2023, Buat Julung-julung kalinya pihak KOSMA telah mengadakan Majlis KOSMA Berselawat sempena Maulidur Rasul 2023 bertempat di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Ladang KOSMA keratong muadzam. Majlis ini telah diadakan dengan jayanya dan mendapat sambutan oleh jemaah sekitar kawasan masjid. Majlis ini turut mengundang anak-anak akademik tahfiz Al-amin bagi mengetuai alunan selawat dan zikir dan turut diundang penceramah bebas Ustaz Safri Ar-ridani.
Semasa majlis berlansung, pihak masjid telah membuat upacara simbolik bagi perasmian karpet baru yang telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Zamri Bin Haji Mohamed iaitu Pengerusi KOSMA.
Majlis ini dihadiri oleh Dato’ Haji Zamri bin Haji Mohamed (Pengerusi), Dato’ Haji Abdul Manan Bin Abdul Rahman (Mantan Pengerusi KOSMA), Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah (Timbalan Pengerusi), Anggota Lembaga KOSMA, , Jawatankuasa Audit Dalam, Pegurus Besar, Pengurus – pengurus dan Kakitangan perladangan.

















