09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan 2023

Pada 23 Oktober 2023, Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) menyerahkan sumbangan zakat perniagaan berjumlah RM 2,419,315.83 kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Dalam Majlis ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mewakili Pusat Zakat Pahang telah berkenan menerima zakat pendapatan bagi tahun 2023 oleh Koperasi Serbausaha Makmur Berhad yang diwakili oleh Dato’ Haji Zamri Bin Haji Mohamed Pengerusi KOSMA. Penyerahan ini juga telah disaksikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Menteri Besar Pahang YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail dalam majlis ini bertempat di Hotel Grand Darul Makmur.

KOSMA sentiasa mengambil tanggungjawab bagi menunaikan zakat perniagaannya dalam membantu golongan yang memerlukan.

Kongsikan