Pada 31 Disember 2023, KOSMA telah mengadakan Majlis Apresiasi Pekerja Ladang yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna KOSMA, Keratong, Rompin, Pahang. Tujuan Majlis ini diadakan adalah untuk meraikan dan memberikan penghargaan kepada pekerja ladang yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi sepanjang tahun 2023. Majlis telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Zamri bin Haji Mohamed selaku Pengerusi KOSMA. Turut hadir Anggota Lembaga KOSMA serta Pengurus Besar.
