09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Ladang KOSMA

Pada 13 Disember 2024, Tengku Mahkota Abdullah Ladang KOSMA telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul yang pertama kali diadakan di ladang KOSMA. Sambutan ini berlangsung dengan penuh meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga KOSMA.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang majlis tersebut, antaranya termasuklah Perarakan Maulidur Rasul yang diikuti dengan Perbarisan, persembahan Qasidah, Taranum Al-Quran, serta Ceramah Agama yang disampaikan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Muadzam Shah, Pahang. Semua aktiviti ini bertujuan untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW serta menghayati sunnah baginda dalam kehidupan sehari-hari.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Zamri bin Haji Mohamed, Pengerusi KOSMA, yang dalam ucapannya menekankan pentingnya meneladani akhlak Nabi Muhammad SAW dalam menghadapi cabaran kehidupan moden. Turut hadir dalam majlis ini ialah Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah, Timbalan Pengerusi KOSMA, serta anggota-anggota Lembaga, Pengurus Besar, dan kakitangan KOSMA yang turut terlibat dalam menjayakan sambutan ini.

Sambutan Maulidur Rasul di Tengku Mahkota Abdullah Ladang KOSMA ini bukan sahaja bertujuan untuk mempereratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat, tetapi juga untuk mengukuhkan semangat ukhuwah Islamiyah serta menambah kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW di kalangan umat Islam. Semoga acara ini menjadi tradisi yang berterusan di masa hadapan.

Kongsikan