Latar Belakang
Tarikh Daftar | : | 4 Disember 1967 (di bawah Ordinan Koperatif 1948 yang telah diganti oleh Akta Koperasi 1993) |
Nama Dahulu | : | Syarikat Berkerjasama-sama Ladang Kelapa Sawit Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pahang Berhad |
Dipinda Kepada | : | Koperasi KOSMA Berhad pada 4 Oktober 1986 |
Dipinda Kepada | : | Koperasi Serbausaha Makmur Berhad pada 28 Februari 1996 |
Bil. Daftar | : | 4361 |
Kegiatan Utama & Sumbangan Kerajaan Negeri
Kegiatan utama KOSMA ialah pembangunan dan perladangan tanaman kelapa sawit. Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pahang yang bersidang pada 2 November, 1966 telah meluluskan satu peruntukan kawasan seluas lebih kurang 55,000 ekar di Mukim Keratong, Daerah Rompin, Negeri Pahang Darul Makmur. Syarat khas yang dikenakan ialah kawasan tersebut hendaklah ditanam dengan kelapa sawit supaya tanah berkenaan dapat dimajukan dan dapat dijual kepada anggota-anggota KOSMA dalam bentuk pelaburan Unit Ladang.
Keluasan Ladang-Ladang KOSMA Terkini
Blok | Nama Ladang | Keluasan (Hektar) |
1 | Ladang Gajah Jinak | 2,762.79 |
2 | Ladang Sungai Kepasing | 2,134.72 |
4 | Ladang Bukit Serlai | 1,968.14 |
7 | Ladang Kosma 7 | 1,694.42 |
8 | Ladang Kosma 8 | 2,527.00 |
9 | Ladang Kosma 9 | 2,168.33 |
6 | Ladang Kosma 6 | 2,168.33 |
Jumlah | 15,588.75 |
Strategi Perancangan Pembangunan Korporat
Strategi perancangan pembangunan KOSMA perlu mengambil kira aktiviti-aktivitinya yang telah lalu, iaitu pada tahun 2004, 2005, 2006, 2007 agar kesimpulan untuk menganggarkan kapasiti pengeluaran buah kelapa sawit, perhotelan dan pelaburannya dapat dikenalpasti dengan lebih tepat. Daripada maklumat laporan tahunan yang lalu, maka strategi demi kepentingan anggota-anggota KOSMA dapat di syorkan adalah seperti berikut:
- Fokus atas apa KOSMA boleh melakukan dengan terbaik, iaitu “core business”nya, perladangan dan perhotelan, di beri keutamaan.
- Meningkatkan hasil produktiviti buah kelapa sawit perladangannya dan membuat penilaian terperinci tentang efficiency kos dalam pengeluaran buah kelapa sawit.
- Membina dan meningkatkan daya keupayaan sumber tenaga kerja dalam melaksanakan tugas-tugas operasi perladangan, perhotelan, dan perkhidmatan kepada anggota-anggota KOSMA.
- Meneliti peluang pelaburan dalam bidang Industri Pertanian di Korridor Wilayah Pantai Timur, khususnya di Pahang dan Malaysia amnya.
- Meningkatkan “Value Proposition” untuk anggota-anggota KOSMA.
- Meneliti Undang-Undang Kecilnya dan mencadangkan pengubahsuaian mengikut peredaran masa supaya perlaksanaan pelaburan perekonomian yang ingin diceburi dimasa hadapan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dengan sentiasa memikirkan akan kepentingan anggota-anggota KOSMA.