Pada 7 Mac 2024, KOSMA telah mengadakan Team Building Kakitangan KOSMA Sesi 2 di Ion Delemen, Genting Highland, Pahang. Team Building ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula 07 Mac 2024 dan berakhir pada 09 Mac 2024. Pada sesi kali ini seramai 85 orang peserta telah dipilih untuk menjayakan Team Building ini. Sepanjang tempoh 3 hari Team Building ini dijalankan pelbagai aktiviti telah dilakukan antaranya “UNFAIR TOWER“, “PUZLE KNOCKOUT” dan “TRAFFIC JAMMED“. Team Building ini telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Zamri bin Haji Mohamed (Pengerusi) turut Hadir Anggota Lembaga KOSMA, J/K Audit Dalaman KOSMA, Pengurus Besar KOSMA.
