09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Majlis Perjumpaan Dato’ Pengerusi dan Anggota Lembaga KOSMA Bersama Kakitangan KOSMA Sempena Menyambut Hari Raya 1446H

Pada 26 Mac 2025 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah mengadakan Majlis Perjumpaan Dato’ Pengerusi dan Anggota Lembaga KOSMA bersama kakitangan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri 1446H. Majlis yang berlangsung dengan penuh kemeriahan ini telah diadakan di Auditorium, Kompleks Perladangan KOSMA dan dihadiri oleh barisan kepimpinan KOSMA serta kakitangan dari pelbagai bahagian.

Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak pengurusan dan warga kerja KOSMA dalam suasana mesra dan harmoni. Dalam ucapannya, Dato’ Haji Zamri bin Haji Mohamed Pengerusi KOSMA telah menyampaikan penghargaan kepada seluruh kakitangan atas dedikasi dan komitmen yang diberikan sepanjang tahun serta berharap agar semangat kerjasama yang kukuh dapat terus dikekalkan dalam usaha memajukan KOSMA.

Majlis perjumpaan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan dalam organisasi, malah turut memberi peluang kepada kakitangan untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan pihak pengurusan. Diharapkan, semangat kebersamaan yang ditonjolkan dalam majlis ini dapat terus diperkukuhkan demi mencapai visi dan misi KOSMA.

Dengan berakhirnya majlis ini, diharapkan agar semua kakitangan KOSMA terus bersemangat dan bersatu hati dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka demi kemajuan bersama.

Kongsikan