09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Bengkel Kemahiran Pengendalian Prosedur Siasatan Dalaman (DI) Untuk Kakitangan Pengurusan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad

Pada 25 November 2024, Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah menganjurkan Bengkel Kemahiran Pengendalian Prosedur Siasatan Dalaman (DI) untuk kakitangan PenguRUSAN KOSMA. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan pengetahuan peserta mengenai prosedur siasatan dalaman yang penting dalam memastikan tatakelola yang baik dan profesionalisme dalam organisasi.

Bengkel ini dirasmikan oleh Dato’ Haji Zamri bin Haji Mohamed, Pengerusi Kosma, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan prosedur siasatan dalaman dalam menjaga integriti dan kepercayaan dalam pengurusan koperasi. Selain itu, beliau juga mengingatkan semua peserta mengenai peranan mereka dalam memastikan segala prosedur dilakukan dengan telus dan berkesan.

Turut hadir pada bengkel tersebut adalah Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah, Timbalan Pengerusi Kosma, Tuan Haji Ismail bin Abd Rahman, Setiausaha, Puan Hajah Zuraida binti Awang Said, Bendahari, serta anggota-anggota Lembaga, Pengurus Besar dan kakitangan Kosma yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Bengkel ini diharapkan dapat memberikan impak positif kepada pengurusan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad dalam memperbaiki proses siasatan dalaman serta meningkatkan tahap pengurusan dan pengendalian masalah yang timbul dalam organisasi.

Kongsikan