Pada 29 Mac 2022 bertempat di Auditorium, Kompleks Perladangan KOSMA telah diadakan Ceramah yang telah disampaikan oleh PsK Mohamad Idzwaan bin Ali, Penolong Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Raub, Pahang. Program ini memberi pendedahan berkenaan salahlaku rasuah dan contoh-contoh penglibatan rasuah secara langsung atau tidak langsung. Program ini dihadiri oleh kakitangan ibu pejabat, kakitangan ladang, ar-rahnu serta hotel.





