Pada 18 Mac 2017, bertempat di Gelanggang Badminton Kilas Kilat (Kawasan Industri Tiram, Kuantan), KOSMA telah mengadakan Kejohanan Badminton sempena Jubli Emas. Kejohanan bermula pada pukul 8 pagi dan dibahagikan kepada 3 kategori. Juara bagi kategori wanita dimenangi oleh Cik Nor Khairunnisa binti Abdullah & Puan Siti Sarah Muhammad. Manakala naib Johan pula dimenangi oleh Puan Dwi Ekakartika & Puan Rusmani binti Yunus. Tempat ketiga dimenangi oleh Puan Emy Elyiana binti Azizi & Puan Athirah binti Abd Majed. Bagi Kategori Terbuka pula, tempat pertama dimenangi oleh Mok Wie Jie & Tommy Wong. Tempat kedua dimenangi oleh Mok Ah Yow & Mok Che Kiong. Tempat ketiga dimenangi oleh Encik Mohd Fahrizan bin Misdan & Encik Nasruddin bin Sahak (Bank Muamalat). Kategori Veteran pula tempat pertama dimenangi oleh Encik Shamsul Anuar Hussin & Mohd Rosdi Bin Roslan. Naib Johan, Encik Dicky Harrys bin Jamin & Encik Sukori bin Abd. Sukor. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Encik Anuar bin Mohd Lazim & Encik Eng Chiew Yong.
