09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Kejohanan Woodball Jemputan KOSMA Sempena 50 Tahun Jubli Emas

Pada 15-17 September 2017, Koperasi Serbausaha Makmur Berhad telah menganjurkan Kejohanan Woodball. Seramai 235 orang peserta mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang disertai daripada Singapore, Thailand, Indonesia, Malaysian Woodball Association (MWA) dan pelbagai lagi wakil sekitar Malaysia.

Turut menyertai kejohanan ini ialah, Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunos, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (Merangkap Presiden Woodball Negeri Pahang), Puan Suriani binti Abd Hamid (Timbalan Pengarah Majlis Sukan-Sukan Negeri Pahang), Encik Thomas Kook (Presiden Woodball Asia), Puan Elaine Tan (Presiden Woodball Malaysia), dan Pemain Woodball nombor 1 Dunia, Ahris Sumariyanto daripada Indonesia.

Majlis Makan malam dan Perasmian telah disempurnakan oleh Y.B Dato’ Wan Kadri bin Wan Mahusin (Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam). Kategori Lelaki terbuka dimenangi oleh Azmi bin Ahmad dari Pekan. Kategori Wanita terbuka dimenangi oleh Klissana Kaodee dari SIngsongkhla, Thailand. Bagi Kategori Remaja Lelaki, tempat pertama dimenangi oleh Syed Muhd Nabil Syed Khairudin dari Kelab Remaja Pahang. Kategori Remaja Wanita dimenangi oleh Anis Waheeda Binti Adnan dari Negeri Perlis. Manakala Lee Loon dari Singapore telah menjadi peserta tunggal yang telah membuat pukulan Gate in One.

Kongsikan