Pada 12 November 2011, KOSMA telah menganjurkan Kursus Pemantapan Koperasi dan Anggota kepada anggota-anggota lelaki KOSMA sekitar daerah Kuantan manakala bagi anggota-anggota perempuan pula telah diadakan pada 10 Disember 2011 bertempat di Hotel Vistana, Kuantan. Penceramah-penceramah jemputan adalah terdiri daripada penceramah daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Kerjasama Malaysia(MKM) dan Angkatan Koperasi Malaysia (ANGKASA). Antara tajuk ceramah kursus tersebut adalah ‘Istimewanya Berkoperasi’ dan ‘Undang-undang Koperasi’.
