Pada 18 Julai 2024, jam 3.00 petang, KOSMA telah mengadakan satu lawatan kerja ke Elham-Q Edible Oil Sdn Bhd di Johor Bahru. Tujuan lawatan kerja ini dilakukan adalah untuk melihat gerak kerja pemprosesan minyak, beras dan pembungkusan produk-produk lain. KOSMA telah diwakili oleh Anggota Lembaga yang di ketuai oleh Dato’ Haji Zamri bin Haji Mohamed (Pengerusi) turut Hadir Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah (Timbalan Pengerusi), Tuan Haji Ismail bin Abd Rahman (Setiausaha), Puan Hajah Zuraida binti Awang said (Bendahari), Anggota-anggota Lembaga lain, Pengurus Besar serta kakitangan yang terlibat. Diharap dengan lawatan kerja ini, KOSMA dapat mempertingkatkan lagi daya saing didalam industri 4.0.
