Pada 26 Oktober 2024, Sekali lagi Koperasi Serbausaha Makmur Berhad telah menerima kunjungan Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menginap di KOSMA Business Hotel. Dengan kedatangan Yang Berhormat Datuk Menteri satu Majlis Makan Malam bersama Anggota Lembaga KOSMA yang diketuai oleh Dato’ Haji Zamri bin Haji Mohamed (Pengerusi) telah diadakan bagi meraikan Yang Berhormat Datuk Menteri serta rombongan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Turut hadir Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah (Timbalan Pengerusi), Tuan Haji Ismail bin Abd Rahman (Setiausaha), Puan Hajah Zuraida binti Awang said (Bendahari), Anggota Lembaga KOSMA, Ahli Lembaga Pengarah KOSMA Tourism Sdn Bhd, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan KOSMA, Jawatankuasa Audit Dalaman KOSMA, Jawatankuasa Kecil KOSMA, Pengurus Besar dan semua kakitangan KOSMA Tourism Sdn Bhd yang terlibat. Diharapkan dengan kedatangan Yang Berhormat Datuk Menteri ke KOSMA Bussiness Hotel akan dapat memberikan impak yang besar didalam perniagaan perhotelan KOSMA.





