Pada 5hb Disember 2009, KOSMA telah mengadakan Majlis Makan Malam di The Legend Resort, Cherating. Majlis tersebut dihadiri oleh kakitangan ibu pejabat dan ladang serta lain-lain pihak yang terlibat dalam menjayakan operasi harian KOSMA. Antara acara pada malam tersebut adalah, Penyampaian Anugerah Kecemerlangan, Cabutan Bertuah, dan lain-lain persembahan. Majlis tersebut juga dimeriahkan oleh persembahan daripada Brigade Kebudayaan Majlis Perbandaran Kuantan.
