Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) dan HoHup Construction Company Berhad telah Menandatangani MoU (Memorandum Of Understanding) bagi menjalinkan kerjasama membangunkan tanah berkeluasan 2 ekar di tengah-tengah Bandar Kuantan, Pahang. KOSMA merancang untuk membangunkan 1 blok Hotel, 1 blok Servis Apartment, 2 tingkat ruang niaga, dan 1 dewan serbaguna yang boleh memuatkan sehingga 1,500 orang pada satu-satu masa.
