Pada 31 Disember 2023, Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) dengan kerjasama RHB Bank telah melancarkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menggunakan tenaga solar yang pertama di negara ini dalam kawasan ladang sawit Bandar Tun Razak, Keratong, Pahang.
Dengan adanya kemudahan mesin Atm ini, ianya dapat memberikan manfaat kepada kakitangan KOSMA, pekerja KOSMA serta penduduk setempat yang selama ini terpaksa ke bandar yang jaraknya hampir 50 kilometer bagi membuat urusan pengeluaran wang.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Zamri bin Haji Mohamed (Pengerusi KOSMA) dan turut hadir Ketua Jualan Wilayah, Deposit Wilayah Pantai Timur RHB Bank Noorazmadee Salleh, Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah (Timbalan Pengerusi), Haji Ismail bin Abd Rahman (Setiausaha), Ahli Lembaga KOSMA, dan Pengurus Besar.
