Pada 28 Ogos 2020, pada jam 3.00 petang, KOSMA telah mengadakan Majlis Penerangan / Ramah Mesra di Pahang bertempat di Dewan Semantan Perdana, Hotel Seri Malaysia, Temerloh. Seramai 68 orang Anggota KOSMA sekitar Temerloh, Bera, Lanchang dan Mentakab yang hadir bagi mendengar penerangan dan pencapaian KOSMA yang telah disampaikan oleh Pengurus Besar, Encik Mohd Shafirun bin Mohd Azba. Pada Majlis ini juga telah diadakan sesi soal jawab bagi menjawab persoalan dan kekeliruan anggota. Diharap dengan penganjuran majlis ini, dapat memberi penerangan yang jelas kepada anggota mengenai isu-isu semasa KOSMA.
