Pada 15 Ogos 2020, pada jam 3.00 petang, KOSMA telah mengadakan Majlis Penerangan / Ramah Mesra di Melaka bertempat di Dewan Gadek 5 MITC Hotel, Melaka. Seramai 25 orang Anggota KOSMA sekitar Johor, Negeri Sembilan dan Melaka yang hadir bagi mendengar penerangan dan pencapaian KOSMA yang telah disampaikan oleh Pengurus Besar, Encik Mohd Shafirun bin Mohd Azba. Pada Majlis ini juga telah diadakan sesi soal jawab bagi menjawab persoalan dan kekeliruan anggota. Diharap dengan penganjuran majlis ini, dapat memberi penerangan yang jelas kepada anggota mengenai isu-isu semasa KOSMA.
