Pada 21 Ogos 2020, pada jam 3.00 petang, KOSMA telah mengadakan Majlis Penerangan / Ramah Mesra di Selangor bertempat di Ballrom 1&2, Tenera Hotel, Bangi. Seramai 65 orang Anggota KOSMA sekitar Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur yang hadir bagi mendengar penerangan dan pencapaian KOSMA yang telah disampaikan oleh Pengurus Besar, Encik Mohd Shafirun bin Mohd Azba. Pada Majlis ini juga telah diadakan sesi soal jawab bagi menjawab persoalan dan kekeliruan anggota. Diharap dengan penganjuran majlis ini, dapat memberi penerangan yang jelas kepada anggota mengenai isu-isu semasa KOSMA.
