Pada 29 Mac 2024, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail Menteri Besar Pahang telah mengumumkan Agihan Keuntungan Pelaburan tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. Keuntungan unit ladang berjumlah RM4,500 setiap unit dengan jumlah agihan berjumlah RM21.42 Juta, Manakala bagi Dividen Modal Syer akan dimaklumkan setelah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malayisa (SKM). Anggota-anggota akan menerima keuntungan Unit Ladang dan akan dikreditkan mulai 29 Mac 2024. Diharapkan dengan bayaran dividen unit ladang ini dapat memberikan kegembiran kepada anggota KOSMA bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Fitri.
