09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Penyerahan Zakat Perniagaan 2011

Pada 29 Disember 2011, Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Tahun 2011 dan Penyerahan Sumbangan Kepada Tabung Amanah Pembangunan dan Pembaikan Perumahan Negeri Pahang telah diadakan di Hotel Vistana Kuantan. Pada majlis tersebut, Pengerusi KOSMA, YH Dato’ Haji Abdul Jabbar bin Haji Ibrahim telah menyerahkan bayaran zakat perniagaan KOSMA berjumlah RM1,568,417.58 kepada wakil Pusat Kutipan Zakat(PKZP). Manakala bagi Tabung Amanah Pembangunan dan Pembaikan Perumahan Negeri Pahang,  KOSMA telah memberikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada wakil daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang(SUK).

Kongsikan