09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Program Brainstorming Perladangan KOSMA 2025

Melaka, 19 – 21 Mac 2025 – Program Brainstorming Perladangan KOSMA telah diadakan di Grand Swissbell, Melaka dari 19 sehingga 21 Mac 2025. Program ini telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Zamri bin Haji Mohamed, Pengerusi Kosma, dengan kehadiran Setiausaha KOSMA, Tuan Haji Ismail bin Abd Rahman, Bendahari KOSMA, Puan Hajah Zuraida binti Awang Said, Anggota Lembaga KOSMA, JKAD, Pengurus Besar, serta kakitangan yang terlibat.

Program ini bertujuan untuk mengkaji semula prestasi perladangan bagi tahun 2024 dan merangka perancangan strategik bagi tahun 2025. Sesi-sesi yang dijalankan meliputi pelbagai aspek penting dalam pengurusan perladangan dan usaha memperbaiki operasi ladang yang menyentuh mengenai operasi utama seperti pengurusan jalan ladang, pengangkutan hasil tanaman, dan mekanisasi perladangan.

Pada Sesi ke 2 fokus perbincangan adalah mengenai program penanaman semula dan penyediaan ladang bagi tahun-tahun mendatang. Program ini berakhir dengan rumusan yang disampaikan oleh Mr. Han Kee Juan diikuti dengan Ucapan Penutup oleh Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan perancangan strategik dan pengurusan yang berkesan dalam memastikan kejayaan dan pertumbuhan berterusan ladang KOSMA pada tahun 2025.

Diharapkan dengan penganjuran program seperti ini dapat membawa kemajuan yang signifikan kepada operasi perladangan KOSMA untuk masa hadapan yang lebih cerah.

Kongsikan