Pada 10 Disember 2010, KOSMA amat berbesar hati menerima kunjungan darpada peserta-peserta Program Malaysian Technical Coperative Programme (MTCP) – ‘Certificate in Cooperative Poverty Reduction’ bermula 22 November 2010 hingga 17 Disember 2010. Peserta-peserta ini diberi taklimat ringkas berkenaan perkembangan KOSMA yang terkini. Peserta-peserta yang terdiri daripada koperator-koperator daripada Negara Brunei, Cambodia, China, India, Indonesia, Iran, Kiribati, Malawi Mauritius, Mongolia, Nepal, Nigeria, Senegal – Cape Verde, Sri Lanka, Sudan, Vietnam dan Zambia ini diiringi oleh penyelaras program tersebut iaitu wakil dari Maktab Kerjasama Malaysia (MKM), Puan Ayu Diana binti Awang dan Encik Mohd Nusi bin Abdul Rahman.
