Pada Hari Kemerdekaan yang Ke-60, Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah menyertai perbarisan bersempena Sambutan Jubli Emas. 45 orang Kakitangan KOSMA telah menyertai perbarisan ini. Dato’ Sri Haji Abdul Jabbar Ibrahim (Pengerusi), Dato’ Haji Mokhtar bin Mat Salleh (Timbalan Pengurusi) dan Dato’ Haji Abdul Manan bin Abdul Rahman turut hadir memberi sokongan kepada kontijen KOSMA. Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mencemar duli pada acara Perbarisan Dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2017. Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob dan Ahli Exco Pahang turut serta pada sambutan tahun ini dengan tema Negaraku Sehati Sejiwa. Antara acara menarik pada sambutan tahun ini termasuk persembahan payung terjun pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia dan lintas langsung dari pesawat Sukhoi TUDM. Perarakan berjalan kaki disertai 6,566 orang dari 89 kontijen dari pelbagai agensi kerajaan dan NGO. Sementara perarakan 364 kenderaan disertai oleh 10 kontijen.
