Pada 16 Disember 2017, Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA), telah menjalankan tanggungjawab sosial korporat, CSR (Corporate social responsibility) dengan memberi sumbangan kepada RM Caring Home Kuantan, dan di Dewan KRT Taman Bahagia, Temerloh. Turut Hadir Majlis Sumbangan di Temerloh adalah wakil daripada YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin, Encik Rozlan Manaf Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh. KOSMA berharap dengan sumbangan ini, dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka.
