09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Surat Pekeliling KOSMA

Mesyuarat Agung Tahunan Ke-33 yang diadakan pada 13/6/2015 meluluskan pembayaran dividen Modal Syer berdasarkan kepada daftar modal syer pada 30.06.2014 dengan peruntukan berjumlah RM17,288,661.00, iaitu, peruntukan dividen modal syer sebanyak 30% dan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah diperolehi.

2.        Koperasi Serbausaha Makmur Berhad telah membuat bayaran sebanyak 10% dividen modal syer berjumlah RM5,762,887.00 pada 15 June 2015. Baki 20% dividen modal syer berjumlah RM11,525,774.00 akan dibayar pada atau sebelum 15 Julai 2015 kepada Anggota KOSMA.p

3.        Pembayaran baki 20% dividen modal syer Anggota KOSMA akan dibayar secara mengkreditkan wang ke dalam akaun Anggota KOSMA melalui institusi kewangan berikut sahaja:

(i)        Bank Islam Malaysia Berhad;

(ii)       Bank Simpanan Nasional;

(iii)      Commerce International Merchant Banker’s Berhad /

CIMB Islamic Bank Berhad; dan

(iv)      Malayan Banking Berhad / Maybank Islamic Berhad.

4.        Bagi Anggota KOSMA yang belum memberi nombor akaun bank mereka kepada KOSMA untuk urusan tersebut, bayaran 20% dividen modal syer akan buat selepas Hari Raya Aidil Fitri 1436H secara bayaran melalui Cek, Insya’Allah.

5.        Bagi pihak Anggota Lembaga KOSMA, pihak Pengurusan ingin mengambil kesempatan mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1436H & Maaf, Zahir & Bathin”.

Wabillahiatufiq Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kongsikan